Connect with us

Oh! Media

fatin

Oh! Artis

“Dekat Dengan Fatin, Selesa…” – Influencer Muslimah Mohon Maaf Selepas Ditegur Ustazah

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan teguran daripada Ustazah Asma’ Harun berkenaan tindakan seorang influencer muslimah yang memberikan nasihat dengan mengajak penonton untuk rapat ke skrin telefon mereka.

Pada awalnya nampak seperti tiada masalah tetapi semakin lama semakin menjadi-jadi selepas ada netizen yang melakukan video parodi dengan aksi-aksi berunsur soft porn.

IKLAN

BACA: “Wanita Non Muslim Lebih Sopan Dan Beretika” – Ustazah Asma’ Tegur Influencer Muslimah ‘Rapatkan’ Wajah Di Skrin

Sedar tentang perkara itu, Fatin tampil membuat permohonan maaf di akaun TikTok dan menjelaskan tujuannya hanya ingin memberikan nasihat kepada orang ramai. Bagaimanapun, dia sedar cara yang digunakannya tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah.

Fatin sedar pendekatan dalam menyampaikan mesej agak salah, tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin.

Jadi, dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka.

Fatin akan tampil dengan video yang lebih baik di masa akan datang…

Saya sebagai seorang muslim saya akan jaga lebih baik dan teliti proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.

Terima kasih untuk komen yang positif dan negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan satizah dan korang semua.

@fatinnnabila1

Bismillah.

♬ original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin

Niat Fatin baik sebenarnya sebab nak buat konten yang positif untuk semua. Apa yang berlaku ni bukan sahaja memberi pengajaran buat Fatin tetapi turut menjadi peringatan kepada semua yang ingin membuat video di media sosial.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas