Connect with us

Oh! Media

“Pelancong Tak Perlu Buat ‘Swab Test’ Ke Langkawi” – Khairy Jamaluddin

Trending

“Pelancong Tak Perlu Buat ‘Swab Test’ Ke Langkawi” – Khairy Jamaluddin

Sejak kelonggaran merentas negeri diumumkan, masyarakat dilihat tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti ke luar negeri.

ADVERTISEMENT

BACA: Mila Cerita Pengalaman Ke Langkawi, Puji Kawalan Ketat Di Airport

Menurut sumber, bilangan kenderaan merentas negeri juga menunjukkan peningkatan terutamanya di Semananjung melibatkan semua arah menuju ke utara, selatan dan Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bilangan kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah meningkat sebantak 14 peratus.

Kawasan-kawasan pelancongan seperti Langkawi, Port Dickson, Pulau Tioman dan sebagainya dilihat sudah menerima jumlah pelancong yang banyak sejak akhir-akhir ini.

Melancong ke Langkawi tak perlu buat Swab Test

Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan bahawa keperluan untuk membuat ujian pengesanan wabak bagi pelancong ke Langkawi akan dihentikan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kita peratus yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, pelancong digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan ke pulau peranginan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

Menurutnya, syarat wajib vaksinasi lengkap iaitu dua dos suntikan bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan mesti dipatuhi.

Bagi individu disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka tidak dibenarkan melancong.

Untuk mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.

Dalam pada itu, sehingga 10 Oktober lalu, seramai 54,341 pelancong telah menjalani ujian pengesanan wabak pandemik dan hanya 216 atau 0.4 peratus sahaja dikesan positif.

Kredit: Utusan Malaysia I Kosmo! I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas