Connect with us

Oh! Media

Mila Cerita Pengalaman Ke Langkawi, Puji Kawalan Ketat Di Airport

Oh! Artis

Mila Cerita Pengalaman Ke Langkawi, Puji Kawalan Ketat Di Airport

Sejak pusat pelancongan Pulau Langkawi dibuka kepada umum, ramai yang mengambil peluang ini bercuti bersama ahli keluarga. Setelah sekian lama berkurung di rumah, pasti ramai teruja menikmati pengalaman bercuti dalam norma baharu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Banyak Tempat Saya Pergi Sunyi” – Wanita Kongsi Pengalaman Ke Langkawi

Di Instagram, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berkongsi pengalaman terbang ke Langkawi bersama keluarganya. Mila memuji kawalan ketat termasuk prosedur operasi standart (SOP) yang dibuat di lapangan terbang.

Jelas Mila, pengunjung perlu tiba sekurang-kurangnya 4 jam lebih awal untuk urusan ‘check in’ dan serahan bagasi. Di pintu masuk lapangan terbang, ada pegawai bertugas memeriksa status vaksinasi dan ujian RTK.

Di kaunter ‘drop off’, sekali lagi dokumentasi disemak iaitu kad pengenalan, keputusan ujian RTK, status MySejahtera dan maklumat tempahan hotel.

Selesai urusan serahan bagasi, mereka perlu menunjukkan dokumen yang sama di bahagian Airport Security Scanner. Kemudian, mereka diberi arahan oleh pegawai bertugas untuk mengimbas TRACK APM dan isikan segala maklumat yang diperlukan sepanjang berada di Langkawi.

Menurut Mila, tiada penjarakan tempat duduk di dalam pesawat namun penumpang diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika makan sahaja. Dia dimaklumkan bahawa kapal terbang telah disanitasi sebelum dan selepas penerbangan.

Di akhir hantaran, Mila berkata dia sempat mencatat beberapa SOP yang boleh diguna pakai syarikatnya apabila dibenarkan beroperasi kelak.

Kredit: Instagram Mila Jirin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top