Connect with us

Oh! Media

“Aku Ternampak Ada Batang Besi Konkrit Yang Tajam” – Tamim Dahri Jelaskan Insiden Di Langkawi

Ohmedia tamim Dahri Soolam

Trending

“Aku Ternampak Ada Batang Besi Konkrit Yang Tajam” – Tamim Dahri Jelaskan Insiden Di Langkawi

Tamim Dahri tampil jelaskan insiden di Langkawi dan mendakwa menyangka objek itu hanyalah besi konkrit tajam.

Isu membabitkan aktivis Tamim Dahri yang tular baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai selepas tindakannya di Langkawi mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terbaharu, Tamim tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook dengan menceritakan kronologi sebenar kejadian ketika dia berada di pulau peranginan tersebut beberapa hari lalu.

Tamim dakwa nampak besi konkrit tajam

Menurut Tamim, selepas selesai kerja berkaitan data di HBM, beliau ambil keputusan untuk berjalan-jalan melepaskan tekanan.

IKLAN

Pada masa sama, beliau juga mengambil peluang untuk meneroka beberapa tempat menarik di sekitar pulau itu.

Tamim Dahri

Katanya, dia menyewa kereta dan memandu mengelilingi pulau sebelum berhenti di satu kawasan berhampiran gua yang dipenuhi monyet liar.

Ketika berada di situ, beliau ternampak satu objek iaitu besi konkrit yang tajam.

Dakwa tidak sedar berkaitan simbol keagamaan

Tamim turut menjelaskan bahawa ketika itu beliau tidak terfikir langsung objek tersebut mempunyai kaitan dengan apa-apa lambang tertentu kerana menyangka ia hanyalah besi berkarat yang boleh membahayakan orang ramai.

Tidak terfikir langsung itu adalah lambang keagamaan memandangkan ia hanya besi berkarat yang tajam. Itu juga bukan rumah anutan kerana tiada bangunan dan kawasan sekitar adalah lapang.

Beliau berpendapat mengalihkan objek tajam yang boleh mencederakan orang lain di jalan merupakan satu perbuatan baik.

Tamim Dahri
Tamim Dahri

Tamim turut meminta orang ramai menilai sendiri perbezaan antara gambar objek sebenar dan besi yang didakwanya telah ditumbangkan di kawasan tersebut.

Terdahulu, Tamim Dahri menimbulkan kontroversi apabila didakwa menghina simbol suci Hindu. Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat sejak beberapa hari lalu.

Pssttt! Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, isu yang melibatkan kepercayaan dan simbol tertentu memang mudah menimbulkan salah faham. Sebab itu setiap pihak perlu lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan, supaya tidak mencetuskan kontroversi yang boleh menjejaskan keharmonian bersama.

Kredit: Facebook Tamim Dahri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas