Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tahun Satu Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru

Trending

Pelajar Tahun Satu Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru

Satu video menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila ibu bapa kepada kanak-kanak ini telah memilih hadiah berupa barang kemas sebagai hadiah Hari Guru yang disambut hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

Pelajar berusia 7 tahun itu dilihat mengunjungi sebuah kedai barang kemas popular sambil ditemani ibu bapanya.

Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. Sepuluh orang gurunya.

https://www.tiktok.com/@nurashikindin/video/7368837713321086216

Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihat hadiah mewah yang diberikan ibu bapa pelajar tersebut kepada guru-guru anaknya.

Malah, si ibu turut memaklumkan bahawa anaknya ingin memberikan hadiah yang sama kepada peniaga-peniaga kantin di sekolahnya.

Ada juga yang berseloroh ingin menjadi cikgu di sekolah sama dengan anaknya dengan harapan dapat hadiah mewah seperti itu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas