Connect with us

Oh! Media

‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

Artikel 1 17 5 1

Trending

‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

Tanggal 16 Mei merupakan hari untuk kita semua mengenang dan menghargai jasa guru, dan sebab itulah ia merupakan hari khas yang dipanggil Hari Guru.

Biasanya kalau hari guru ni, mesti murid-murid di sekolah akan beri hadiah untuk cikgu kan? Haa korang tahu tak semalam kan hari guru, ada seorang murid ni berjaya menarik perhatian netizen bila hadiah yang dia beri kepada cikgu-cikgu merupakan sebatang rotan!

BACA: Gara-Gara Minta Rakan Tanggalkan Songkok, Murid Dirotan Guru

IKLAN

Viral di media sosial, apabila @nanijoe03 kongsi sebuah video di akaun TikToknya, seorang budak lelaki kemas berbaju melayu yang merupakan anaknya menuju ke arahnya sambil terpinga-pinga melihat hadiah yang dibawakan untuk diberi kepada cikgu-cikgu.

Hadiah rotan disediakan oleh Ibu

@nanijoe03 Hadiah Hari Guru untuk Cikgu² @arrielnabil #hariguru #teachersday #terimakasihcikgu #gurutunjangsekolahsejahtera #budakhostel #CatchTheLastInches #fyp ♬ Hey Kamu – Afiq Adnan

Rupa-rupanya, bukannya murid tersebut yang sediakan rotan itu, tapi hadiah itu disediakan sendiri oleh ibunya sebagai hadiah buat cikgu-cikgunya.

Biasanya pelajar-pelajar takut kalau nampak cikgu pegang rotan, tapi kalini anak murid pula yang hulurkan rotan sebagai hadiah buat hari guru! Hahah, memang lain dari yang lain la!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertarik dan terhibur dengan idea dari @nanijoe03. Ramai juga yang puji ibu kepada murid ni sangat kreatif dan diorang nak tiru idea ini untuk masa akan datang.

Img 0080
Img 0079
Img 0078

Habislah, rasanya semua cikgu akan dapat rotan sebagai hadiah ni untuk tahun depan! Yela, mana tahu semua mak-mak dah semangat nak hadiahkan rotan untuk cikgu-cikgu sekolah anak diorang kan? Haha.

Mungkin sekadar hiburan je ni, sporting laa ibu kepada murid tersebut! Harap-harap rotan yang diberikan tu digunakan sebaiknya oleh para guru.

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu di seluruh dunia! Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas