Connect with us

Oh! Media

bapa mengamuk

Trending

Bapa Mengamuk Rupanya Balas Gunting Rambut Anak Guru Sebab Ikut Hukum Qisas

Sebelum ini Ohmedia berkongsi artikel tentang seorang bapa yang mengamuk selepas cikgu menggunting rambut anaknya. Aksi amukan itu dirakam CCTV dan menjadi viral.

BACA: “Yang Kau Usik Ni Bukan Anak Binatang Kau Tahu?” – Bapa Mengamuk Cikgu Gunting Rambut Anak Tanpa Izin

IKLAN

Bagaimanapun, kejadian itu rupanya tidak berakhir dengan amukan sahaja. Ini apabila seorang individu mendakwa lelaki terbabit turut menggunting rambut anak kepada guru terbabit.

Bapa pelajar mengamuk guna hukum qisas, gunting rambut anak guru…

Ada satu lagi isu yang ramai tak peduli. Bapa tu panggil anak ustaz tu keluar. Saya dapat tahu bapa tu gunting rambut anak ustaz tu pula.

Katanya, ikut hukum qisas. Nak lagi panas, bapa tu gunting rambut anak ustaz tu buruk. Padahal rambut nak dia tu ustaz tu potong elok je.

Individu yang mendakwa sebagai saksi kejadian turut berkata kejadian itu memberi kesan mendalam buat guru dan ahli keluarganya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa geram dengan kelakuan kurang ajar bapa pelajar terbabit. Ada juga yang berharap agar guru terbabit membuat laporan polis.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas