Connect with us

Oh! Media

“Saya Sudah Beri Awak Kesempatan Untuk Berlaku Jujur” – Ruhainies Tipu Sarah Yasmine Dua Kali

Oh! Artis

“Saya Sudah Beri Awak Kesempatan Untuk Berlaku Jujur” – Ruhainies Tipu Sarah Yasmine Dua Kali

Kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine sekali lagi menjadi tumpuan selepas menolak pelawaan Ruhainies untuk berjumpa dan menjernihkan keadaan.

ADVERTISEMENT

Penolakan adalah disebabkan Sarah tidak mahu terpedaya lagi dengan kata-kata Ruhainies.

BACA: Sarah Yasmin Kongsi Suara Aliff Aziz Merayu Dan Menangis Jangan Tinggalkannya

Melalui hantaran Instastory miliknya, Sarah berkata dia telah berikan Ruhainies peluang sebanyak dua kali untuk menjernihkan keadaan namun disia-siakan.

Lebih mengejutkan, Sarah Yasmine menyatakan dia tidak percaya langsung dengan kenyataan Ruhainies.

Apa yang awak fikir untuk saya percaya setiap kata yang awak cakap sekarang ini, jadi kenyataan saya terhadap permohnan maaf awak masih tidak. Tidak!

Saya sudah beri awak kesempatan untuk berlaku jujur dua kali dan awak tipu saya dua kali!

Sarah juga berkongsi tangkap layar mesej daripada Ruhainies yang menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Sarah.

Jom jumpa, saya rasa kita perlu selesaikan masalah ini semua. Saya, awak dan Bella duduk dan bincang bagi menamatkan hal ini dengan baik, saya bersedia jumpa dengan semua.

Namun, Sarah mengesyaki mesej berkenaan dihantar oleh Aliff selepas membalasnya.

Saya sekat awak dekat WhatsApp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Harap maklum.

Sebelum ini, pelakon sensasi, Ruhainies tampil buat permohonan maaf secara publik kepada Bella Astillah dan berharap mahu berjumpa dengannya bersama Sarah.

Harapnya kemelut ini akan berakhir dengan cepat.

Kredit: Instagram @sarahyaminekh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas