Connect with us

Oh! Media

“Allah Nak Tengok Sabar Saya” – Anggap Ujian Sebelum Tunai Haji, Owner Nasi Pakistan Batu Pahat Maafkan ‘Scammer’

nasi pakistan batu pahat

Trending

“Allah Nak Tengok Sabar Saya” – Anggap Ujian Sebelum Tunai Haji, Owner Nasi Pakistan Batu Pahat Maafkan ‘Scammer’

Terdahulu, tular di media sosial kes penipuan melibatkan seorang runner yang mengambil pesanan Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.

ADVERTISEMENT

BACA: Scammer Merayu Kepada Mangsanya Untuk Hentikan Santau, Serik 3 Hari Muntah Paku

Difahamkan, runner berkenaan mengambil wang daripada pelanggan dan menghantar resit palsu yang sudah disunting kepada pemilik nasi pakistan.

Terbaru, pemilik Nasi Pakistan Batu Pahat iaitu Azrul Hisyam Basherah dipercayai telah memaafkan pelaku. Beliau yakin ini adalah ujian yang diberikan Allah SWT sebelum beliau menunaikan haji tidak lama lagi.

Kata beliau, Allah SWT mahu menguji sejauh mana kesabaran dirinya dan ternyata dia gagal menahan kemarahan.

Saya bawa dia pergi ke balai. Dah sampai ke balai saya rasa kesabaran saya dah datang jadi saya maafkan dia. Harapan dia boleh bayar balik duit saya sikit demi sedikit sampai habis.

Azrul hanya mengambil dua buah telefon bimbit dan seutas rantai emas yang scammer bersetuju untuk dijual. Anggaran barang-barang tersebut adalah RM6,500.

nasi pakistan

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat bersama-sama mendoakan semoga scammer berubah menjadi lebih baik.

Kredit: Facebook Azrul Hisyam Basherah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas