Trending
Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Lepas Jatuh Di Rumah Pengasuh
Kejadian di Ipoh, Perak seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah meninggal dunia pada Selasa lalu.
Menerusi laporan MGPERAK, kanak-kanak tersebut dipercayai telah terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Taman Cempaka.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ayah mangsa telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sekitar jam 7.20 malam, Isnin lalu.
Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.
Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia, katanya.
Dipercayai, punca kematian mangsa disebabkan mempunyai kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.
Setakat ini, pengasuh wanita berusia 30 tahun telah ditahan petang tadi (Rabu) bagi membantu siasatan.
Kes juga masih dalam siasatan, dan akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: MGPERAK | Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM