Connect with us

Oh! Media

“Halaman Bersih, Pokok Bunga Cantik Terjaga” – Tragedi Di Merbok, Jiran Kongsi Kenangan Beraya Rumah Arwah

Ohmedia tragedi Merbok

Trending

“Halaman Bersih, Pokok Bunga Cantik Terjaga” – Tragedi Di Merbok, Jiran Kongsi Kenangan Beraya Rumah Arwah

Jiran kongsi kenangan beraya rumah mangsa kes 3 beranak Merbok, dedah suasana indah sebelum tragedi menyayat hati berlaku.

Di sebalik tragedi menyayat hati yang menimpa tiga beranak di Merbok, Kedah, muncul pula kisah yang cukup menyentuh perasaan daripada jiran terdekat mangsa.

BACA: Kes Ngeri 3 Beranak Di Merbok: Keluarga Dedah Pelaku Dah Lama Depresi, Enggan Dirawat

Perkongsian di media sosial ini bukan sahaja menceritakan kronologi kejadian, tetapi turut menggambarkan betapa indahnya kehidupan mangsa sebelum tragedi berlaku.

IKLAN

“Puji pokok-pokok ni, siap ambil gambar”

Menerusi satu hantaran tular di TikTok, Hasmee Heryanti berkongsi video kenangan ketika beraya bersama arwah baru-baru ini.

Mereka memuji pokok-pokok bunga yang cantik tersusun serta halaman rumah yang bersih. Namun, siapa sangka itu adalah pertemuan terakhir mereka.

@hasmeeheryanti

Al-Fatihah 🥹 Semoga semua diampunkan segala dosa, ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Tenang lah di sana. Dunia terlalu kejam

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

Menurut jiran lagi, mereka sempat berkunjung ke rumah mangsa pada hari raya pertama. Ibunya sangat rapat dengan arwah dan menjadi teman meluahkan perasaan.

Jiran

Dalam perkongsian sama, jiran tersebut turut mendedahkan bahawa anak pasangan itu dipercayai mengalami kemurungan sejak sekian lama.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Jiran kongsi kronologi ringkas kejadian

Jiran itu juga berkongsi kronologi ringkas berdasarkan pengetahuannya sebagai individu paling dekat dengan lokasi kejadian.

Bunuh Merbok

Tambahnya lagi, suspek dipercayai mengambil nyawa sendiri selepas dikepung pihak berkuasa.

Merbok

Memetik laporan Sinar Harian, jenazah anak kepada mangsa wanita sudah selesai melalui proses bedah siasat dan telah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Sementara, mayat pasangan suami isteri itu masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Pihak polis sedang menunggu proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta cap jari bagi menentukan identiti dua individu terbabit sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Pssttt! Kadang-kadang, kehidupan yang nampak tenang di luar sebenarnya menyimpan luka yang kita tak nampak. Kisah ini benar-benar membuka mata tentang pentingnya kita peka dengan keadaan sekeliling, terutama ahli keluarga sendiri. Semoga semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: Thread | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas