Connect with us

Oh! Media

keracunan makanan

Oh! Tidak

Dua Kanak-Kanak Disahkan Maut Selepas Makan Makanan Disediakan Program Sekolah

Sebelum ini seorang kanak-kanak perempuan bersusia dua tahun dan remaja 17 tahun dikatakan telah keracunan makanan yang disediakan sebuah sekolah di Gombak. Mangsa dikatakan telah memeakan tiga biji telur mata.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir hari ini mengesahkan dua mangsa itu sudapun meninggal dunia akibat keracunan.

IKLAN

Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di sini. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan maknaan itu kelmarin.

Jam 1.30 tengah hari semalam, mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa kedua pula melibatkan anak kepada pengawal keselamatan sekolah yang bertugas…

Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut.

Pihak berkuasa meminta jasa baik kepada sesiapa yang mempunya maklumat untuk isalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam pada itu mengesahkan menerima laporan tentang keracunan makanan yang berlaku sekolah rendah agama di Sungai Cincin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas