Connect with us

Oh! Media

“Jangan Menangguk Di Air Keruh”- Menteri Agama Ingatkan Orang Ramai Berkait Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Ohmedia ebit lew

Trending

“Jangan Menangguk Di Air Keruh”- Menteri Agama Ingatkan Orang Ramai Berkait Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Hujung bulan ini seperti yang kita sudah jangkakan, isu perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew yang perlu menghadapi 11 tuduhan pasti menjadi antara fokus utama rakyat Malaysia.

BACA: Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Di WhatsApp

Image 91

Bagaimanapun, orang ramai dilihat terlalu taksub, sedangkan perbicaraan kes baru diperingkat awal. Disebabkan itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad tampil memberikan peringatan kepada semua untuk tidak menangguk di air keruh.

IKLAN

Kes sedang dibicarakan di mahkamah

Idris juga meminta orang ramai menghormati proses mahkamah dan tidak mengular kes perbicaraan yang sedang berlangsung.

Saya menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.

Saya mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun membabitkan insan dikenali, namun ia adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah.

Tidak bersalah selagai tidak dijatuhkan hukuman

Dalam pada itu, Idris juga berpegang kepada kaedah fiqh di mana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes yang berlangsung.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Apatah lagi perlakuan yang menceroboh kehormatan diri. Jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan. Jika sabit kesalahan, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapapun dia. Ini adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.

Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan kes berlangsung di mahkamah dan sama-sama kita nantikan perkembangan kes pada hari esok yang akan berlangsung sehingga 30 September ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas