Oh! Artis
Adira Suhaimi Akui Ada ‘Insan Istimewa’, Enggan Ulas Dakwaan Datuk Red Cemburu
Adira Suhaimi akui ada insan istimewa, kini sedang mengenali hati budi.
Penyanyi popular, Adira Suhaimi mengakui ‘lelaki misteri’ yang dimuat naik di media sosial adalah insan istimewa buat dirinya.
Memetik laporan Berita Harian, Adira mengaku sedang mengenali hati budi lelaki terbabit.
Adira belum sedia kongsi hubungan

Namun, dia enggan mendedahkan hubungan secara terbuka kepada umum.
Dia hanya akan berkongsi mengenai perkara itu sekiranya semuanya sudah jelas dan sampai ke tahap yang lebih serius.
Insya-Allah kalau ada rezeki, kalau semuanya sudah selesai dan kalau ada jodoh, Insya-Allah, doakan yang terbaik.
Tambahnya lagi, dia masih belum selesa untuk mendedahkan secara terperinci termasuk sejak bila mereka mula berkenalan.
Enggan ulas dakwaan Datuk Red cemburu

Dalam masa sama, Adira juga tidak mahu mengulas dakwaan yang mengaitkan tindakan bekas suaminya, Adnan Abu Bakar, dengan rasa cemburu terhadap hubungan tersebut.
Saya tidak boleh komen apa-apa soal itu. Hendak komen… Allahualam.
Terdahulu, Adira dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu Bakar hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan sebelum ini.
BACA: “Tergamaknya Dia Ya?” – Adira Terkejut Datuk Red Tuntut RM100k Jika Mahu Batalkan Rujuk
Dakwa Adira, bekas suami meletakkan syarat khas jika mahu membatalkan pengesahan rujuk namun Datuk Red nafi meletakkan syarat tersebut.
Pssttt! Dalam hal melibatkan perasaan dan hubungan, tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum. Apa yang penting adalah kebahagiaan diri sendiri. Diharapkan segala urusan Adira dipermudahkan dan jika benar ada jodoh, semoga semuanya berjalan lancar.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM