Connect with us

Oh! Media

“Cukup Yang Ada” – Ramai Mesej Nak Infak, Minyak Hitam Jalanan Terpaksa Padam Nombor Telefon

Ohmedia minyak Hitam Jalanan 1

Trending

“Cukup Yang Ada” – Ramai Mesej Nak Infak, Minyak Hitam Jalanan Terpaksa Padam Nombor Telefon

Minyak Hitam Jalanan terpaksa padam nombor telefon kerana duit infaq masih ada.

Tular di Facebook satu perkongsian daripada individu dikenali sebagai ‘Minyak Hitam Jalanan’ yang kini mencuri perhatian ramai.

BACA: “Duit Ni Jahat, Boleh Gelap Mata Nanti” – Usop Minyak Hitam Jalanan Tolak RM3k Duit Gift Dari Dicky

Perkongsian tersebut bukan saja menyentuh hati, malah membuka mata netizen apabila dia membuat keputusan luar biasa berkaitan sumbangan orang ramai.

IKLAN

Ramai nak infak, tapi terpaksa tolak kerana duit ada lagi

Menerusi hantaran itu, individu tersebut memaklumkan bahawa dia terpaksa memadam nombor telefon serta akaun media sosial kerana terlalu ramai yang menghubunginya untuk memberi sumbangan.

Lebih mengejutkan, dia turut menegaskan tidak lagi menerima duit infak walaupun peluang itu terbuka luas.

Saya dah tak terima duit infaq, sebab duit infaq ada lagi. Saya tak nak banyak-banyak cukup la yang ada.

Keputusan itu dibuat bukan tanpa sebab, sebaliknya kerana dia takut tidak mampu menjaga amanah jika memegang wang dalam jumlah yang banyak.

Saya tak nak di sebabkan duit orang infaq saya tersalah jalan dan gelap mata. Saya takut sebenarnya nak pegang duit infaq banyak-banyak..

Kenyataan ini membuatkan ramai netizen kagum dengan kejujuran dan kesedarannya tentang tanggungjawab terhadap duit orang lain.

Mohon maaf kepada media, nak fokus kerja

Minyak Hitam Jalanan
Kredit foto FacebookMinyak Hitam Jalanan Original

Dalam masa sama, dia juga memohon maaf kepada pihak media yang ingin menjemputnya untuk ditemu bual.

Lagi satu saya mintak maaf kepada media sebab ramai yang WhatsApp jemput saya datang, saya mintak maaf sangat-sangat sebab saya betul-betul nak fokus kerja sebab saya ada impian selama ini saya menantikan.

Jelasnya, dia kini mahu memberi sepenuh fokus kepada kerjaya dan masa depan.

Pssttt! Dalam dunia sekarang, bukan semua orang mampu menolak duit yang datang dengan mudah. Tapi tindakan ini memang rare dan menunjukkan nilai amanah yang tinggi. Harap lebih ramai yang ambil inspirasi untuk jujur dalam apa jua keadaan.

Kredit: Facebook/Minyak Hitam Jalanan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas