Connect with us

Oh! Media

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Di WhatsApp

ebit lew

Oh! Artis

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Di WhatsApp

Berikut adalah perkembangan perbincaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew setakat hari ini.

ADVERTISEMENT

Saksi pendakwaan yang merupakan seorang pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu menjadi saksi pertama yang memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana takut.

Ini kerana mangsa menganggap dirinya sebagai orang kecil dan tertuduh pula sebagai orang besar. Situasi ini membuatkan pengadu takut suara mereka tidak akan didengari.

Saksi juga mendedahkan telah menerima puluhan mesej aduan daripada mangsa-mangsa Ebit Lew melalui WhatsApp yang menerima gangguan seksual.

Pengadu takut nak buat laporan polis

Salah seorang individu yang hubungi saya adalah pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).

Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp.

Saksi cuba pujuk pengadu buat laporan polis

Jawapan ini diberikan Fairuz bagi menjawab soalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Saya katakan kepada ‘pengadu’ (nama tidak didedahkan), jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew.

Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis.

Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas