Connect with us

Oh! Media

Ukraine Guna Peluru Lumur Dengan Lemak Babi Untuk Lawan Tentera Islam Chechnya?

lemak babi

Trending

Ukraine Guna Peluru Lumur Dengan Lemak Babi Untuk Lawan Tentera Islam Chechnya?

Kecoh di Twitter dengan tontonan melebihi 3.3 juta menyaksikan pejuang Azov melumuri peluru dengan lemak babi.

ADVERTISEMENT

BACA: Tentera Chechnya Disahkan Berada Dalam Hutan Ukraine Bantu Rusia Kesan Pegawai Dikehendaki

Peluru-peluru tersebut dilumur dengan lemak babi dan akan digunakan untuk menentang tentera Islam Chechnya yang dihantar ke Ukraine untuk bantu tentera Rusia di negara tersebut.

Kelihatan seperti lemak babi

Memetik laporan TheVocket, pasukan Azov merupakan unit tentera sukarelawan sayap kanan Ukraine. Mereka ini adalah kumpulan ultra-nasionalis yang dituduh menyimpan ideologi neo-Nazi.

Sebelum dimasukkan dalam angkatan bersenjata tetap Ukraine, Tentera Azov bertempur dengan tentera Ukraine buat pertama kali pada tahun 2014 untuk menentang penyokong pro-Rusia.

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu dikongsi oleh Pengawal Kebangsaan Ukraine, seorang pejuang Azov yang sedang melumur peluru ke dalam sesuatu yang kelihatan seperti lemak babi sambil menyatakan sesuatu.

Saudara Muslimin yang dihormati. Di negara kami anda tidak akan masuk syurga. Anda tidak akan dibenarkan masuk syurga. Tolong pulang. Di sini, anda akan menghadapi kesukaran. Terima kasih atas keprihatinan anda, selamat tinggal.

Pejuang Azov yang menyertai tentera Ukraine kelihatan sedikit berbeza daripada tentera asal Ukarine kerana mereka memakai lencana Wolfsangel yang digunakan oleh penyokong Nazi semasa Perang Dunia II.

Mereka yang hadir dengan memakai lencana Nazi merupakan alasan kuat untuk melancarkan operasi ketenteraan khas Rusia, menurut Presiden Rusia Vladimir Putin.

Tentera Rusia juga dakwa Batalion Nazi adalah sebahagian daripada misi serangan yang dijalankan.

Kredit: TheVocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas