Connect with us

Oh! Media

Tentera Chechnya Disahkan Berada Dalam Hutan Ukraine Bantu Rusia Kesan Pegawai Dikehendaki

rusia

Trending

Tentera Chechnya Disahkan Berada Dalam Hutan Ukraine Bantu Rusia Kesan Pegawai Dikehendaki

Situasi perang antara Rusia dan Ukraine nampaknya masih berterusan hingga ke hari ini. Terkini, skuad pemburu atau pasukan khas Chechen telah ditugaskan untuk membantu tentera Rusia. Skuad khas ini akan menahan dan membunuh kumpulan pegawai Ukraine yang dikehendaki.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Daily Mail, maklumat pergerakan pasukan Chechen ini terbongkar melalui Telegram Moscow. Laporan itu memaklumkan setiap askar akan menerima kad khas lengkap dengan gambar serta penerangan terperinci pegawai Ukraine yang dikehendaki.

Lebih menarik perhatian apabila Presiden Ukraine sendiri iaitu Volodymyr Zelensky mengakui dirinya adalah sasaran nombor satu dan sasaran nombor dua adalah keluarganya sendiri.

Ketika ini, pasukan Chechen telahpun memasuki kawasan hutan di Ukraine dan diarahkan membunuh mereka yang melawan ketika ditahan.

Media Chechnya turut melaporkan pemimpin republik negara itu telah melakukan lawatan ke Rusia bagi melihat persediaan tentera di sana.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas