Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Guru Diasingkan Di ‘Bilik Zink’, JPN Perak Jalankan Siasatan

Trending

Tular Dakwaan Guru Diasingkan Di ‘Bilik Zink’, JPN Perak Jalankan Siasatan

Tular baru-baru ini mengenai sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan reaksi seorang guru yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan pihak sekolah kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Dipercayai Belum Divaksin, Guru Kecewa Diasingkan Di Stor ‘Cleaner’

Hal itu selepas dipercayai guru tersebut belum divaksin dan telah dipindahkan dalam bilik stor tukang cuci yang diperbuat dari 100 peratus zink dan dilihat kurang selesa untuk diduduki.

@memyanti

♬ original sound – Asda Yanti Mh

Lebih menyedihkan, hanya meja serta kipas sahaja disediakan serta keadaan bilik tersebut yang sangat panas membuatkan guru berkenaan hanya duduk di dalam kereta miliknya.

Menerangkan dirinya tidak mengambil vaksin, guru tersebut mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko jika menerima suntikan.

JPN Perak jalankan siasatan isu guru diasingkan

Berhubung dengan kejadian itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang guru yang tular tersebut.

Pengerusinya, Ahmad Saidi Mohamad Daud menyatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai situasi guru berkenaan.

Menurutnya, JPN Perak telah membuat siasatan terperinci dan laporan penuh akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KPM.

Kata Saidi, kerajaan negeri akan memandang serius mengenai isu ini kerana ia berkait rapat tentang kebajikan guru tersebut serta memastikan semua pihak dalam keadaan yang sihat serta bebas dari jangkitan.

Kerajaan negeri mahu memastikan semua pihak sama ada guru, pelajar dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat.

Sekadar info, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini pernah mendedahkan jumlah penuh guru di Perak yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin iaitu seramai 279 orang.

Berdasarkan ketetapan KPM, guru yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk mengajar secara face to face selain pihaknya akan menggantikan tugas tersebut dengan tenaga pengajar yang lain.

Kredit: Utusan Malaysia I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas