Trending
(Video) 16 Tahun Berkhidmat, Satu Keluarga Menangis Hantar Pembantu Balik Kampung
Mempunyai pembantu rumah yang jujur dan amanah merupakan salah satu rezeki yang patut disyukuri. Khidmat mereka yang ikhlas menjaga kebajikan keluarga menjadikan hubungan pembantu rumah dan majikan akrab.
BACA: Hilang Tak Dapat Dikesan, Emma Maembong Dakwa Di ‘Block’ Pembantu Rumah
Seperti video tular di TikTok ini, satu keluarga menangis ketika menghantar pembantu rumah yang dikenali sebagai Kak Ana di lapangan terbang.
Difahamkan, Kak Ana sudah bekerja selama 16 tahun bersama keluarga itu dan kini sudah tiba masanya untuk pulang ke kampung.
@aimanashraf8 Terima kasih kak ana 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami 😭 kami semua syg kak ana mcm ibu kami sendiri🤍 #fypシ #foryou #foryoupage
♬ original sound – razmieg6
Mereka mengucapkan terima kasih di atas jasa Kak Ana menjaga makan minum selama ini. Malah, mereka sudah menyayangi Kak Ana seperti ibu sendiri.
@aimanashraf8 Reply to @chamylia.sue original sound 🥺😭😭 ##fypシ ##foryoupage ##foryou
♬ original sound – razmieg6
Di ruangan komen, netizen turut mengalirkan air mata melihat reaksi keluarga penyayang ini. Mana tidaknya, masing-masing memeluk erat seolah-olah berat untuk melepaskan Kak Ana pergi.





Apa-apa pun hubungan erat keluarga ini dengan pembantu rumah memang patut dijadikan contoh. Iyalah, zaman sekarang ini bukan senang nak cari pembantu rumah yang ikhlas bekerja. Bila dah dapat yang baik, memang satu rezeki.
Kredit: TikTok @aimanashraf8
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM