Connect with us

Oh! Media

Guru Marah Ibu Bapa, Anak Manja Tidak Bertempat

Trending

Guru Marah Ibu Bapa, Anak Manja Tidak Bertempat

Walaupun baru tiga minggu penggal pertama sesi persekolahan tahun ini bermula, macam-macam insiden yang berlaku. Kali ini, seorang guru wanita luahkan rasa marah dan bimbang apabila murid tak fokus dalam sesi pembelajaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Cadangan PIBGN Terhadap Guru SMK Anak Lima Dan Pelajar Lepas Kantoi Bercinta

Menurut laporan mStar, guru tersebut kecewa apabila tugasan yang diberikan telah diambil alih oleh ibu bapa yang kerap bertanya dalam kumpulan WhatsApp.

Dia berkata sejak sekolah dibuka pada tahun ini, ada satu kelas yang menguji kesabarannya daripada enam kelas yang diajar.

Dari hari ke hari asyik tanya pasal kerja sekolah anak kat group WhatsApp kelas. Sekali dua boleh tahan lagi, masuk part dia enable dan validate tindakan anak dia yang tak siap kerja sekolah, aku dah mula ‘terbakar’ di bulan Ramadan ni.

Bukanlah aku nak tunjuk akulah yang terpaling cikgu, tapi kita ni hidup sebagai manusia, tolonglah ada common sense.

Menerusi hantaran Facebooknya, guru wanita itu mengambil filem Anakku Sazali sebagai contoh mengatakan tindakan ibu bapa tersebut akan rosakkan anak mereka.

‘Bantuan’ yang diberikan kepada anak-anak akan menggalakkan sikap tidak peka serta tak bertanggungjawab terhadap kerja rumah yang diberikan.

Katanya luahan yang dibuat bukanlah bersifat pukul rata sebaliknya ditujukan kepada segelintir ibu bapa yang terlampau manjakan anak-anak.

Guru itu juga kesal kerana pertanyaan kerja rumah sudah dijawab dalam kumpulan WhatsApp itu namun masih separuh kelas tak siap tugasan yang diberikan.

Kalau ada homework, masih menjadi tanggungjawab anak-anak untuk cakna. Bukan tanggungjawab mak-mak nak tanya dalam group WhatsApp.

Bagi guru wanita itu, penegasan tersebut adalah untuk bina generasi masa hadapan dan bukan menunding pada individu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas