Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Belum Divaksin, Guru Kecewa Diasingkan Di Stor ‘Cleaner’

Trending

Dipercayai Belum Divaksin, Guru Kecewa Diasingkan Di Stor ‘Cleaner’

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok apabila seorang guru yang mendakwa telah diasingkan oleh pihak sekolah ke bilik simpanan (stor) tukang cuci.

ADVERTISEMENT

BACA: Jika Perlu, Guru Enggan Divaksin Akan Dipindah Atau Dikeluarkan. – Dr Radzi

Menerusi video tersebut, guru berkenaan kelihatan sebak apabila dia ditempatkan dalam sebuah bilik yang tidak selesa selepas dikatakan belum menerima suntikan vaksin.

@memyanti

♬ original sound – Asda Yanti Mh

Dia yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh turut meluahkan rasa kesalnya atas layanan yang diterimanya selain menganggap ia sesuatu tindakan yang tidak wajar.

Bilik stor diperbuat dari zink, memang sangat panas dan tak selesa

Tambahnya, dia pada asalnya ditempatkan di dalam sebuah stor sukan di sekolah tersebut, namun disebabkan ia mempunyai banyak peralatan sukan, dia kemudian dipindahkan ke bilik stor tukang cuci.

Bercerita tentang keadaan bilik tersebut, dia menyatakan bahawa hanya terdapat meja dan kipas sahaja, namun pihak sekolah tidak menyediakan plug serta kerusi.

Lebih mengejutkan, bilik tersebut diperbuat daripada zink bermula dari dinding hinggalah bahagian atap sehingga menjadikan bilik tersebut terlalu panas dan tidak sesuai untuk diduduki.

Katanya ketika itu, dia tidak sanggup untuk menetap di dalam bilik tersebut sehingga nekad duduk di dalam kereta bagi mengurangkan rasa panas.

Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.

Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki.

Tak ambil vaksin, akui ada masalah kesihatan

Selepas video tersebut tular, rata-rata netizen memberikan nasihat kepada guru berkenaan untuk mendapatkan vaksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

bagaimanapun, ruangan komen pada video itu telah ditutup dan pemilik akaun TikTok tersebut telah berkongsikan video terbaru bagi menerangkan situasinya.

@memyanti

♬ original sound – Asda Yanti Mh

Menerusi video itu, guru tersebut mendedahkan dirinya tidak mengambil suntikan vaksin oleh kerana risau akan risiko yang akan dihadapinya kerana mengalami masalah kesihatan.

Saya tak ambil sebab ada masalah kesihatan. Saya mengalami alahan yang teruk pada ubat-ubatan hospital serta mengalami gejala anafilaksis .

Dia juga turut menunjukkan bukti-bukti dokumen memaparkan laporan dari doktor serta rawatan-rawatan yang pernah dijalani sebelum ini.

Bagaimanapun, dia juga mengakui tidak akan ada sebarang pengecualian daripada doktor, namun disebabkan bimbang akan masalah kesihatannya, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Kredit: TikTok memyanti I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas