Connect with us

Oh! Media

MRSM Tumpat Didakwa Saman Pelajar Dedah Guru Pedofilia

Trending

MRSM Tumpat Didakwa Saman Pelajar Dedah Guru Pedofilia

Baru-baru ini viral tentang isu guru pedofil Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di aplikasi X yang menimbulkan kerisauan. Berikutan kes ini, pihak pengurusan MRSM telah didakwa mengambil keputusan untuk saman pelajar tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Dakwaan Guru Pedofilia, Polis Sahkan Terima Laporan

Menerusi hantaran di aplikasi X, seorang bekas pelajar meminta orang ramai supaya tidak mempercayai artikel yang dikeluarkan dan meluahkan rasa marah terhadap pengurusan sekolahnya.

Bekas pelajar sekolah terbabit berkata guru berkenaan telah menghantar teks yang berbaur lucah kepada pelajar dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Dia menyatakan walaupun dengan bukti yang telah diberikan, pihak pengurusan sekolah didakwa tetap ingin saman pelajar tersebut dengan alasan kes ini adalah fitnah semata-mata.

Guru di sekolah itu juga dikatakan menghubungi bekas pelajar supaya tidak menyebarkan lagi isu ini kepada publik dan mengatakan ia adalah berita palsu.

Guru-guru juga mula menghubungi Ansara untuk berhenti tweet tentang perkara ini, berhenti menyebarkan apa yang dipanggil “berita palsu”. Jadi hampir keseluruhan maktab melindungi guru.

Menurutnya, pihak sekolah juga menyuruh pelajar untuk diamkan diri.

Pelajar sekolah itu juga tampil mengatakan pihak pengurusan MRSM telah merampas telefon pintar milik pelajar bagi tujuan sisatan fitnah terhadap guru tersebut.

Lihatlah bagaimana mereka cuba menyekat semua cara supaya pelajar boleh memberitahu sesiapa sahaja perkara yang mereka alami dengan selamat.

Tambah bekas pelajar itu, dia malu menjadi bekas pelajar MRSM Tumpat disebabkan kes ini.

Sebelum ini, pelajar MRSM Tumpat, Nayli telah mendedahkan perbuatan terkutuk guru terbabit di media sosial dan mendapat perhatian publik.

Marilah kita serahkan semua kepada pihak polis untuk lakukan siasatan lebih lanjut.

Kredit: X @xqyyyyy_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas