Connect with us

Oh! Media

rejim israel

Oh! Tidak

Rejim Israel Musnahkan Masjid Yang Dibina Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Sedih bila masjid jadi sasaran dalam sesebuah peperangan. Itulah apa yang dilakukan tentera rejim Israel selepas mengebom sebuah masjid di Palestin.

Masjid Muhamaad Al Amin itu dibina pada tahun 2013 hasil usaha serta sumbangan rakyat Malaysia. Berita sedih ini dilaporkan oleh Muslim Care Malaysia Society di Facebook dan ia berlaku pada hari Sabtu.

IKLAN

Hati kami hancur melihat masjid tersergam indah yang dibiayai oleh rakyat Malaysia musnah akibat serangan bom oleh Israel.

Pada penghujung 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina masjid yang luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

Malangnya, di sebalik semua usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober, Masjid Muhammad Al Amin diratakan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi.

Sebelum ini, tentera Hamas, Briged Al Qassam telah melakukan serangan bertalu-talu dengan melancarkan lebih 5,000 roket dan mengejutkan negara haram Israel pada pagi Sabtu.

Serangan kemudian disertai pejuang Jihad Islam Palestin dan pejuang lain dari Gaza yang masuk ke kawasan sempadan untuk bertempur dengan tentera Israel.

Hamas menamakan serangan ini sebagai ‘Banjir Al Aqsa’ dan mereka berjaya menguasai penempatan haram Israel di sempadan.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas