Oh! Artis
“Tiada Manusia Inginkan Perceraian” – Bekas Suami Irma Hasmie Nafi Orang Ketiga Punca Berpisah
Spekulasi rumah tangga pelakon Irma Hasmie akhirnya terjawab apabila dia disahkan berpisah dengan suami, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan sejak enam bulan lalu.
BACA: Irma Hasmie Dan Suami Sah Bercerai Sejak Enam Bulan Lalu
Jelas Redza Syah, perpisahan yang berlaku tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga. Malah, keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat selepas perbincangan serius beberapa kali.

Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.
Difahamkan, Redza tampil untuk menjelaskan situasi sebenar selepas timbul salah faham mengenai perkahwinannya dengan isteri dikenali sebagai Fiza.

Tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
Menurutnya lagi, pernikahan dengan Fiza tidak mengambil masa yang lama dan Irma sendiri sudah diberitahu mengenai perkahwinan itu.
Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak.
Redza berharap orang ramai dapat bertenang, menghormati keputusan yang telah dibuat dan mengambil iktibar daripada kisah hidup mereka.
Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya
Bekas suami Irma ini berharap penjelasan yang dibuat dapat menjelaskan statusnya kini dan apa sebenarnya yang berlaku.
Dia juga memohon orang ramai dapat menghormati privasi dan sensitiviti keluarganya.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.