Connect with us

Oh! Media

iran

Oh! Tidak

Peluru Berpandu Zionis Bedil Isfahan, Iran Sebagai Serangan Balas

Hari ini dunia dikejutkan dengan satu lagi serangan balas dipercayai datang dari pendatang haram, Israel yang menjatuhkan peluru berpandu mereka di satu tapak lapangan terbang bandar Isfahan, Iran.

Serangan ini dipetik dari seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat yang berkata kepada ABC News sebentar tadi. Agensi berita Iran pula melaporkan letupan kedengaran di lapangan terbang itu dan beberapa penerbangan sudahpun dilencongkan.

IKLAN

BACA: Pangkalan Tentera Pendatang Haram Israel Rosak Akibat Serangan Iran

Jadi, apakah kesannya serangan ini kepada dunia? Adakah kita terkesan jika perang berterusan?

Menjawab persoalan ini, Berita Harian sudahpun melaporkan bahawa harga minyak dunia sudahpun melonjak AS$3 setong ketika ini sebagai reaksi kepada serangan Israel ke atas Iran.

Minyak Amerika Syarikat juga meningkat sebanyak AS$2.56 atau 3.1 peratus menjadikannya AS$84.66 setong. Kenaikan ini sekaligus mencetuskan kebimbangan untuk bekalan minyak di Asia Barat.

Sekiranya laporan ini ternyata benar, kebimbangan mengenai peningkatan selanjutnya hanya akan bertambah, selain kebimbangan bahawa kita berpotensi bergerak lebih dekat ke arah situasi di mana risiko bekalan minyak membawa kepada gangguan bekalan sebenar. – Kata Ketua Strategi Komoditi di ING, Warren Patterson.

Keadaan ini semakin membimbangkan dan kita hanya mampu berharap dan berdoa agar perang dunia ketiga tidak berlaku. Jika tidak, kesan yang lebih buruk akan kita rasai.

Kredit: Astro Awani | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas