Connect with us

Oh! Media

“Tindakan Kita Tunjukkan Solidariti Haruslah Berlandaskan Ilmu dan Akhlak” – Menteri Tegur Isu Boikot

Trending

“Tindakan Kita Tunjukkan Solidariti Haruslah Berlandaskan Ilmu dan Akhlak” – Menteri Tegur Isu Boikot

Debat tentang isu boikot barangan atau perniagaan berkait dengan Israel kekal panas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar tampil memberikan teguran.

ADVERTISEMENT

Berikutan kes itu, Mohd Na’im menyeru masyarakat untuk tidak mengambil tindakan yang ekstrem dalam memboikot jenama yang berkait dengan Israel.

BACA: Seluruh McDonald’s Di Sri Lanka Ditutup Kerana Isu Kebersihan

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), menteri itu menyatakan terdapat keperluan menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

Beliau berkata demikian berikutan video tular yang memaparkan individu membuat ugutan dan provokasi terhadap pelanggan di McDonald’s, Sg Isap, Kuantan.

Kami menggesa semua pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan melampau atau keterlaluan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.

Menteri itu juga menegur segelintir netizen yang melabelkan pelanggan restoran berkenaan sebagai ‘anjing’ dan tindakan ektrem ini juga dikatakan hanya menimbulkan keaiban dan keresahan dalam masyarakat.

Kekejaman Israel terhadap Palestin tidak boleh diterima sama sekali, tetapi tindakan kita untuk menunjukkan solidaritri haruslah berlandaskan ilmu dan akhlak.

Ekoran kejadian itu, pihak polis telah menahan individu yang terlibat dalam kejadian yang tular di media sosial untuk sisatan lanjut.

Menteri itu juga sempat menasihatkan semua pihak hendaklah memelihara keharmonian dan mengelakkan tindakan kurang selesa kepada orang lain.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah menasihatkan mereka yang memboikot jenama ini juga berkata perlulah bertindak mengikut undang-undang dan tidak melampaui batas.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas