Connect with us

Oh! Media

Influencer Viral Jahit Baju Ropol-Ropol Untuk Isteri Syak Disihir

Sihir

Oh! Tidak

Influencer Viral Jahit Baju Ropol-Ropol Untuk Isteri Syak Disihir

Korang ingat lagi tak kisah pasangan ini yang pernah viral gara-gara kegigihan si suami yang sanggup menjahit 120 pasang baju raya untuk isteri.

Baju yang dijahit bukan biasa-biasa tau, siap ropol-ropol dan bling bling macam nak pergi dinner. Memang ekstravaganza la orang kata!

Sihir

Tapi, baru-baru ini timbul pula cerita tak sedap apabila pasangan ini didakwa terkena buatan orang. Haih biar betul?

IKLAN

Menerusi satu video, pasangan ini menunjukkan bukti menemui gumpalan rambut dalam periuk rebusan laksa yang ingin dijual.

@syed.fatin.jaeden.haifa

ya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Bukan sehelai dua rambut tu tau, memang banyak dan bergumpal-gumpal. Katanya, periuk tu ditinggalkan sekejap je dekat dapur.

Ya Allah, wife menangis jadinya. Tak apa, bukan rezeki cuma penat sangat sebab pagi-pagi dah bangun mekapkan wife. Dah lah tak rehat sebab semalam event seharian, harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang. Maafkan kami, kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mee laksa kejap je sebab mekapkan wife sambil tunggu mee laksa siap masak. Alih-alih tengok ni jadinya. 2 kali rebus tetap sama. Mimpi ke apa ni, thank you kepada yang buat kami camni.

Lebih menyedihkan laksa yang dimasak itu adalah untuk jualan bukannya untuk makan sendiri di rumah. Bila direbus kali kedua pun, laksa itu tetap ada rambut di dalamnya. Pelik!

Kredit: TikTok @syed.fatin.jaeden.haifa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas