Connect with us

Oh! Media

Polis Rampas Proton Wira Berlagak Marsyal Halang Lalu Lintas

proton wira

Trending

Polis Rampas Proton Wira Berlagak Marsyal Halang Lalu Lintas

Tular di media sosial apabila ada sebuah kereta Proton Wira menghalang laluan kereta lain bagi memberi laluan kepada konvoi di bandar Sitiawan, Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Marsyal Serah Diri, Salah Seorangnya Bergelar Datuk

Menerusi laporan Kosmo, polis telah merampas kereta Proton Wira tersebut yang mempunyai jalur kuning pada badan kereta untuk siasatan lanjut.

Jadi marsyal di bandar Sitiawan

Menerusi video di atas, kita dapat lihat dengan jelas Proton Wira yang berwarna kelabu dan mempunyai jalur kuning itu seperti menjadi marsyal di bandar Sitiawan itu apabila dia memberi laluan kepada konvoi mereka.

Ada netizen yang geram dengan tindakan yang dibuat itu, seolah-olah seperti gengster dan mengatakan mereka ini hanya ‘tin kosong’.

Ada juga yang memberi cadangan untuk rotan je mereka yang selalu buat masalah di atas jalan raya, yelah kalau dah denda tapi masih lagi buat hal, orang pun geram kan?

proton wira

Macam-macam comment dari netizen yang melihat video pemandu Proton Wira yang berlagak seperti polis itu. Ada juga yang meminta untuk PDRM cepat ambil tindakan yang sepatutnya.

Pihak polis merampas Proton Wira berjalur kuning

Menerusi laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim menyatakan bahawa pihak polis telah memanggil seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu untuk direkodkan percakapannya. Polis juga telah merampas Proton Wira tersebut untuk siasatan lanjut.

Berpandukan paparan pada laman Facebook JUSSHAIRI JAUHHARI dengan tajuk ‘Seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka.

Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung membuat laporan polis pada pukul 2.29 petang tadi untuk siasatan dan tindakan selanjut.

Berdasarkan siasatan, pemandu itu mahu memberi laluan kepada kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala ke sebuah kuil Hindu di Sitiawan.

Semoga tiada lagi perkara seperti ini berulang lagi. Bukannya apa, perbuatan ini menyusahkan orang ramai kerana perlu memberi laluan kepada mereka yang mementingkan diri sendiri dan menyesakkan jalan raya. Semoga tindakan yang sepatutnya diberikan kepada golongan-golongan ini.

Kredit: Kosmo | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas