Connect with us

Oh! Media

Dua Marsyal Serah Diri, Salah Seorangnya Bergelar Datuk

Trending

Dua Marsyal Serah Diri, Salah Seorangnya Bergelar Datuk

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video menunjukkan aksi marsyal berlagak seperti polis trafik apabila meminta orang awam memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada geng konvoi motosikal berkuasa tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Arah Kereta Ke Tepi Bagi Laluan Geng Konvoi, Polis Cari ‘Marshal’ Ini

Perbuatan tersebut mengundang padah apabila pihak polis melakukan siasatan lanjut selepas video tular.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Aidi Sham Bin Mohamed menerusi satu kenyataan berkata, dua orang lelaki berbangsa Melayu yang dipercayai terlibat dalam aksi maryal itu telah hadir ke balai polis untuk menyerah diri.

Jelas beliau, dua lelaki tersebut berusia 45 dan 49 tahun. Salah seorang daripadanya berpangkat Dato’ bekerja sebagai ahli perniagaan manakala seorang lagi adalah ejen insuran.

Berikutan itu, polis telah menahan dua individu terlibat untuk siasatan lanjut. Turut dirampas adalah dua buah motorsikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik marsyal seperti yang dirakam di dalam video tular.

Kenyataan penuh:

Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas