Connect with us

Oh! Media

11 Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya Utara-Selatan, Polis Minta Saksi Kejadian Tampil

11 kenderaan

Trending

11 Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya Utara-Selatan, Polis Minta Saksi Kejadian Tampil

Tiada kemalangan nyawa dilaporkan. Itulah perkara pertama yang kami ingin sampaikan selepas melihat kejadian kemalangan 11 kenderaan di lebuh raya petang semalam. Kemalangan itu berlaku di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Perai kira-kira jam 2.30 petang, Isnin.

ADVERTISEMENT

Kemalangan yang turut melibatkan sebuah bas ekspres itu bagaimanapun membuatkan beberapa pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan.

Polis masih melakukan siasatan punca kejadian

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila bas dari arah Butterworth menuju ke Ipoh telah hilang kawalan. Bas kemudian melanggar sebuah kereta yang berada di depan dan melanggar 9 kenderaan lain yang berada di laluan sama.

Kejadian ini disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad yang turut meminta saksi kemalangan untuk tampil membantu siasatan. Oleh itu, jika korang ada di lokasi kejadian boleh hubungi pegawai penyiasat Inspektro Mohd Sufi Abdul Razak di talian 0134774542 atau 04-5382222.

Sebuah van polis turut terlibat

Berdasarkan perkongsian orang awam di media sosial juga turut menyatakan sebuah van polis jenis Toyota Hiace. Kenderaan lain yang terlibat adalah Toyota Vellfire dan Honda Stream, kereta Perodua Myvi dan Perodua Axia, serta beberapa kenderaan lain.

Kemalangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas