Connect with us

Oh! Media

Kes Remaja Bermotosikal Maut, Koperal Polis Ditahan

polis

Oh! Tidak

Kes Remaja Bermotosikal Maut, Koperal Polis Ditahan

Sebelum ini tersebar video kemalangan menunjukkan seorang remaja bermotosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan polis. Perkembangan kes setakat ini telah menahan seorangg anggota polis berpangkat Koperal untuk membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah di mana anggota terbabit bertugas sebagai anggota ronda cegah jenayah di Balai Polis Durian Tunggal dan ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada jam 9 pagi tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu hingga menyebabkan kematian.

Ujian saringan awal air kencing turut dijalankan dan hasilnya anggota berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Jika disabitkan seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 hingga RM50,000.

Anggota terbabit berusia 37 tahun dan sudahpun berkahwin. Kini sebanyak enam laporan polis berkait insiden telah diterima polis dan tiga rakaman percakapan daripada saksi dan ahli keluarga mangsa sudah dilengkapkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas