Connect with us

Oh! Media

Penternak Terkejut, Anak Lembu Berkepala Dua

berkepala dua

Oh! Tidak

Penternak Terkejut, Anak Lembu Berkepala Dua

Kejadian di Nova Venecia di Espirito Santo, Brazil, penternak lembu terkejut melihat salah seekor lembunya melahirkan anak lembu berkepala dua.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lembu Yang Cantik” – Tular Video Lembu Disolek, Netizen Terpegun

Menurut Daily Star, anak lembu itu bagaimanapun tidak boleh berdiri dan diberi makan secara normal.

Perlu beri susu melalui botol

berkepala dua

Anak kepada pemilik lembu berkepala dua, Delci Busatto mengatakan lembu itu tinggal di kandang milik keluarganya dan memiliki masalah untuk mendapatkan susu daripada ibunya. Jadi, lembu tersebut perlu diberi susu menggunakan botol susu.

Anak lembu itu sangat lemah. Ia perlu baring dan tidak boleh bangun. Jadi, lembu itu perlu diberi makan melalui botol.

Busatto berkata, keluarganya telah mendapatkan pendapat pakar dari doktor haiwan namun masih tidak mengetahui sebab anak lembu itu dilahirkan dengan dua kepala.

Kami telah bercakap dengan beberapa doktor haiwan, tetapi tiada siapa yang mempunyai jawapan sama ada ia mampu bertahan ataupun tidak.

Buat masa ni, kami hanya menunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Ini merupakan anak lembu yang ketiga, dan dua lagi dilahirkan secara normal menurut Busatto.

Ini bukanlah perkara ganjil kerana sebelum ini, pernah berlaku anak lembu dilahirkan dua kepala, enam kaki dan dua ekor di Turki bulan lepas. Besar betul kuasa Allah.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas