Connect with us

Oh! Media

“Lembu Yang Cantik” – Tular Video Lembu Disolek, Netizen Terpegun

Article 6 12 11

Trending

“Lembu Yang Cantik” – Tular Video Lembu Disolek, Netizen Terpegun

Terpegun melihat seekor lembu duduk diam seolah-olah ‘redha’ dengan sikap tuannya yang mendandannya dan disolek seperti manusia.

BACA: Transformasi ‘Mekap’ Pengantin Ini Dipuji Ramai, Tak Macam 60 Tahun!

Menerusi laporan Kosmo, lokasi asal kejadian tersebut tidak diketahui namun, berkemungkinan ianya berlaku di Sabah. Video TikTok ini meraih tontonan sebanyak 4.8 juta penonton.

IKLAN

Lembu jenis suka dibelai

Video: TikTok karaked_billion

Lucu betul lihat betapa baiknya lembu itu apabila tuannya menyoleknya. Ada yang mengatakan bahawa lembu ini jenis suka dibelai kerana duduk diam seperti manusia.

Lembu itu disolek menggunakan eye shadow, dilukiskan kening atas matanya dan dipakaikan bulu mata palsu.

Ramai netizen yang puji dengan solekan yang dibuat kerana lembu itu kelihatan ‘cantik’ selepas selesai disolek.

Img 0716
Img 0717
Disolek

Ramai yang memuji kecantikan lembu itu. Mana tak nya, tuan lembu itu siap letak bulu mata pada mata lembu!

Semua menunjukkan emoji ketawa kerana geli hati melihat lembu itu. Agaknya tuan lembu ini sudah terlalu bosan, sampai lembu pun dia solek. Mesti lepasni ramai yang cuba-cuba nak solek lembu peliharaan korang kan?

Kredit: Sinar Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas