Connect with us

Oh! Media

“Maafkan Ummi Sayang” – Wanita Sebak Terpaksa Tinggalkan Kucing, Netizen Luah Rasa Sedih

Trending

“Maafkan Ummi Sayang” – Wanita Sebak Terpaksa Tinggalkan Kucing, Netizen Luah Rasa Sedih

Bagai jatuh ditimpa tangga! Itulah gambaran yang dihadapi oleh masyarakat selepas menerima pelbagai dugaan akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebby Yus Reda, Rumah Hasil 30 Tahun Dalam Industri Musnah Sekelip Mata Akibat Banjir

Hal itu selepas mereka terpaksa menerima hakikat bahawa harta serta kediaman mereka telah hanyut serta musnah sehingga ada yang tidak sempat menyelamatkan dokumen berharga.

Bagaimanapun, bukan masyarakat sahaja yang terkesan, malah haiwan peliharaan juga turut terjejas dan rata-ratanya gagal diselamatkan oleh tuan masing-masing.

Wanita sedih tak dapat bawa kucing bersama, sebak beri kata-kata terakhir

Namun, perkara tersebut dilihat turut berlaku kepada seorang wanita apabila dirinya terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan kucing peliharaanya akibat terjejas dengan bencana banjir.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi Tiktok, kelihatan keadaan rumahnya yang telah memasuki air dan difahamkan mereka dalam persediaan untuk bergerak ke tempat lain.

Terpaksa tinggalkan. Koko, Oyen, Oyot. Jika ini pertemuan terakhir, maafkan umi yang sayang-sayang semua.

@riena_aleely

##banjir2021 ##banjirkgjawaklang ##banjirMalaysia ##pencintakucing ##maaf

♬ original sound – Riena@leely

Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa sebak selain turut meninggalkan makanan secukupnya buat mereka.

lebih menyedihkan, dia juga sempat mengucapkan kata-kata terakhir dengan menyuruh kucingnya untuk lari jika berlaku sebarang perkara tidak dingini.

Ada pintu kecil kat belakang, kalau ada apa-apa lari yang sayang. Apa-apa tunggu Ummi dekat titian Asirat dan selamatkan Ummi dari seksa neraka.

Selain itu, dia juga turut mendoakan agar kucing-kucing peliharaannya selamat selain turut berharap dapat menyelamatkan mereka jika terdapat peluang.

Kucing berjaya diselamatkan, kini menetap di rumah ahli keluarga terdekat

Menerusi perkongsian terbaharu, berita gembira telah dikongsikan oleh wanita tersebut yang menyatakan bahawa dirinya berjaya menyelamatkan kucing-kucing itu kembali.

Hal itu selepas dia dan suami telah selesai memindahkan barang-barang berharga sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke rumah tersebut.

Namun syukurlah, haiwan peliharaan mereka masih berada di rumah berkenaan dan ditemui dalam keadaan selamat. Kini, mereka sedang menumpang di kediaman keluarga terdekat buat sementara waktu.

@riena_aleely

ummi walid tk senang hati tinggalkan kamu semua.. lps settled pindah dokumen penting dgn bag baju² persalinan, ummi ajak walid balik rumah selamatkan kamu semua.. sepanjang perjalanan berair mata.. kesedihan keluar tanpa paksa. kini ank² ummi semua di depan mata. ummi tenang, ummi bahagia, ummi lega.. ##banjir ##banjirkgjawaklang ##banjirMalaysia ##pencintakucing ##sayangkamu

♬ Aku Sayang Kamu – Harissa Adlynn

Lepas selesai pindah dokumen penting dengan bag baju-baju persalinan, ummi ajak walid balik rumah selamatkan kamu semua.

Sepanjang perjalanan berair mata. Kesedihan keluar tanpa paksa. kini anak-anak ummi semua di depan mata. Ummi tenang, ummi bahagia, ummi lega.

Netizen beri pelbagai reaksi, turut zahir rasa sebak

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selepas kucing tersebut berjaya diselamatkan selain mendoakan keselamatan wanita tersebut dan ahli keluarganya.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 142,000 tanda suka.

Kredit: TikTok riena_aleely

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas