Connect with us

Oh! Media

“Moga Dekan Setiap Sem”, Tular Pelajar Perempuan Belajar Bawah Lampu Jalan Di Tepi Kolej Tengah Malam 

Pelajar

Oh! Tidak

“Moga Dekan Setiap Sem”, Tular Pelajar Perempuan Belajar Bawah Lampu Jalan Di Tepi Kolej Tengah Malam 

Tular satu rakaman di laman media sosial, TikTok memaparkan seorang pelajar universiti gigih dan bersemangat untuk belajar meskipun hanya berbekalkan lampu jalan.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tersebut, pelajar perempuan itu dirakam sedang duduk di atas longkang yang bertutup dengan hanya berbekalkan meja lipat kecil dan lampu jalan di tepi kolej.

https://www.tiktok.com/@ameirfann/video/7366654726504566023?_t=8mJIQTR7ymP&_r=1

Menurut pemilik akaun TikTok terbabit, video itu dirakam olehnya sekitar jam 11.30 malam di Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh, Johor dan ia telah meraih perhatian ramai warganet di TikTok.

Ramai yang memujinya kerana tidak menganggu rakan sebilik yang perlu tidur dan memilih untuk mengulang kaji pelajaran di luar.

Bagus, taknak kacau roommate tidur. (Saya) doa dekan setiap semester. Amin.

Rata-ratanya mendoakan agar pelajar perempuan tersebut memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya pada suatu hari nanti hasil daripada kegigihannya ini.

Dalam pada itu, ada yang mempersoal keberaniannya berada di luar berseorangan pada waktu tengah malam dan seorang individu turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama.

Aku try sekali ja kat kolej dulu. Nampak kak ponti terus dok dalam bilik.

Kredit: WeirdKaya | Tiktok @ameirfann

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas