Connect with us

Oh! Media

bogel

Oh! Tidak

Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul Dan Diugut Nak Sebar Gambar Bogel

Empat lelaki warga tempatan berumur 15 hingga 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes melarikan remaja lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai, Johor.

BACA: Lelaki Rugi Setengah Juta Ditipu ‘Tengku’, Ugut Nak Sebar Video Bogel

IKLAN

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan empat suspek ditahan pada 8 malam kelmarin.

lelaki diculik

Dalam tangkapan yang dilakukan, pihak polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian dan menjumpai semula barangan milik mangsa.

Setakat ini, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan suspek direman sehingga 20 Jun. Pihak polis juga masih mengesan beberapa orang suspek yang masih bebas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkan kepada pegawai penyiasat di talian 013-6062618.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tiga remaja lelaki tampil membuat laporan polis mendakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki.

Mangsa mendakwa didatangi 10 lelaki termasuk seorang dikenali dan dilarikan dengan tiga kereta ke sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Suspek memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar itu sekiranya kejadian itu terbongkar.

Suspek dikatakan melarikan diri bersama barangan peribadi mangsa dan meninggalkan mangsa di lokasi rahsia tersebut.

Mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Kredit: Harian Metro | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas