Connect with us

Oh! Media

“Itu Memang Rezeki Anak Saya” – Kak KM Besuara Lepas Netizen Pertikai Hadiah Mewah Yang Diberikan

Anak Kak Km

Oh! Artis

“Itu Memang Rezeki Anak Saya” – Kak KM Besuara Lepas Netizen Pertikai Hadiah Mewah Yang Diberikan

Sebelum ini, viral di media sosial tetang hadiah mewah yang diberikan oleh usahawan sensasi, Kak KM kepada anaknya sempena SPM. Ada dari kalangan netizen yang kurang senang dengan pemberian itu. Pulak dah…

BACA: “Alhamdulillah, Syukur Dia Memang Anak Yang Bijak” – Anak Kak KM Dapat 6A SPM Berkat Doa Solat Hajat

Menerusi laporan Xtra, Kak KM akhirnya bersuara dan menjelaskan bahawa hadiah yang diberikan merupakan rezeki buat anak lelakinya itu.

IKLAN

Tambahnya tidak salah untuk dia membelikan anaknya kereta mewah kerana menjadi saksi bahawa Faris gigih belajar untuk SPM.

Kak Km

Itu memang rezeki anak saya. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Kita penat cari duit dan kita jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka.

Suka hatilah, kita mampu. Saya pun tak minta duit orang lain, saya pun tak menyusahkan sesiapa.

Usahawan itu juga berkata anaknya juga tak sangka akan menerima kereta sebagai hadiah.

Memandangkan SPM zaman sekarang dijalankan ketika berusia 18 tahun, Faris pun sudah ada lesen kereta.

Terdahulu, anak lelaki KM dikhabarkan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan telah diberika kerete jenama Mercedes dan juga wang tunai.

Betul juga kata Kak KM ni. Ibu bapa pun sebenarnya menumpang rezeki anak-anak dan tak salah untuk berikan mereka hadiah sekali sekala.

Kredit: Xtra

 Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas