Oh! Artis
Ibu Pesan Berhenti Jadi Orang Suruhan Tabur Fitnah, Nafi Aliff Dan Ruhainies Bakal Nikah Di Siam
Tiada angin tiada ribut, tular pula kenyataan di media sosial mendakwa ibu kepada penyanyi Aliff Aziz bakal mengahwinkan anaknya dengan Ruhainies di Siam. Biar betul?
Menjawab kepada kenyataan tular itu, Hafiza berkata, ianya hanyalah rekaan dan fitnah. Pesan Hafiza lagi, usahlah menjadi orang suruhan menabur perkara tidak benar kerana ianya tidak berbaloi di akhirat kelak.

Terdahulu, Hafiza meluahkan rasa syukur akhirnya dapat melihat anak lelaki kesayangannya itu tersenyum kembali.
Sebagai ibu, dia sentiasa mendoakan Aliff dan berharap anaknya itu dapat menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
BACA: Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Syukur Dapat Lihat Semula Senyuman Manis Anak Tersayang
Katanya, tiada orang yang terlepas daripada melakukan dosa di dunia ini. Apa yang penting, seseorang itu memohon ampun dan berubah ke arah kebaikan.
Kredit: Instagram Fiza Aziz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM