Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kecewa Beli Nasi Berlauk Gulai Ayam Tapi Dapat Asam Keping

nasi berlauk

Oh! Tidak

Lelaki Kecewa Beli Nasi Berlauk Gulai Ayam Tapi Dapat Asam Keping

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan geram apabila nasi berlauk yang dibelinya untuk sarapan pagi berisi 8 hirisan asam keping.

ADVERTISEMENT

BACA: “Macam Tudung Saji” – Peniaga Sedih Lihat Netizen Hina Perisai Rotan Tradisional Melayu

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Firdaus Shamsudin berkata dia membeli dua bungkus nasi gulai ayam dan sebungkus laksam di sebuah gerai makan di Kota Bharu dengan harga RM9.

Foto: Sinar Harian

Sebaik pulang ke rumah, sebungkus nasi berlauk telah dimakan anak manakala sebungkus lagi dimakan isteri. Isteri pada awalnya menyangkakan kepingan itu adalah hirisan daging rupa-rupanya asam keping.

Nasi yang dimakan oleh anak, elok berisi seketul paha ayam gulai namun nasi yang dimakan isteri didapati hanya berisikan lauk lapan hirisan asam keping.

Walau bagaimanapun, isterinya itu tetap menghabiskan nasi hanya dengan kuah gulai sahaja. Mereka telah memaafkan peniaga dan mendoakan semoga dimurahkan rezeki.

Saya membeli nasi tersebut yang sudah siap-siap dibungkus dan diletakkan oleh peniaga lain di gerai peniaga tersebut yang ditandakan lauk ‘gulai ayam’ dan bukannya ‘asam keping’.

Kami faham keadaan sekarang serba-serbi mahal, harga ayam pun meningkat tetapi peniaga seharusnya bersifat jujur dan seandainya disengajakan perkara sebegini tidak patut berlaku.

Katanya lagi, sebagai pembeli dia tidak pasti sama ada peniaga itu tidak perasan atau secara tidak sengaja tertukar isi lauk dengan asam keping. Dia berharap kejadian ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top