Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Penampakan Lori Tanpa Pemandu Di Ladang Undang Persoalan Netizen

Lori

Trending

(VIDEO) Tular Penampakan Lori Tanpa Pemandu Di Ladang Undang Persoalan Netizen

Negara kita pada zaman dahulu pernah dijajah oleh komunis dan antaranya ialah tentera Jepun yang berhasrat menghuni tanah air ini.

BACA: (VIDEO) Tular Penampakan ‘Kelibat Berkepala Senget’ Cetus Persoalan Netizen

Pengorbanan tentera zaman dahulu yang bertungkus-lumus serta rela berkorban nyawa ‘membersihkan’ penjajah dari tanah air perlu juga kita ingati.

IKLAN

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, namun terdapat juga individu yang mengakui pernah melihat ‘kelibat’ komunis itu berlegar-legar sehingga menjadi misteri hingga ke hari ini.

Penampakan lori bergerak tanpa pemandu?

Terbaharu, terdapat kejadian pelik yang mana terdapat sebuah lori lama yang didakwa digunakan pada perang zaman jepun berjaya dirakam.

Menerusi rakaman yang tular itu, lori tersebut kelihatan bergerak sendiri tanpa pemandu yang dikatakan berlaku di sebuah ladang getah di daerah Segamat, Johor.

Video tersebut dikatakan telah dimuat naik oleh seorang pengguna sejak enam bulan lalu, namun ia tular baru-baru ini yang didakwa berlaku di ladang kelapa sawit simang kiri Sime Darby Chaah.

Klip video berdurasi 34 saat itu dikongsikan pada laman YouTube milik Harian Metro dan ia masih menjadi misteri sehingga kini.

Kejadian dilihat berlaku pada siang hari yang mana lori tersebut bergerak lebih kurang 20 meter tanpa pemandu di dalamnya.

Namun kesahihan video tersebut masih lagi menjadi persoalan dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial.

Netizen beri pelbagai reaksi

Disebalik keanehan video tersebut, rata-rata netizen dilihat tidak mempercayai video tersebut dan hanya menganggap ia dibuat oleh seseorang untuk meraih populariti.

Screenshot 1168
Screenshot 1170

Setakat ini, video tersebut telah ditonton sebanyak 33,622 kali serta mendapat 581 tanda suka.

Kredit: YouTube Metro TV I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas