Connect with us

Oh! Media

“Macam Tudung Saji” – Peniaga Sedih Lihat Netizen Hina Perisai Rotan Tradisional Melayu

Trending

“Macam Tudung Saji” – Peniaga Sedih Lihat Netizen Hina Perisai Rotan Tradisional Melayu

Seni silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang sering digunakan pakai dari zaman dahulu sehinggalah ke hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: UNESCO Umumkan Silat Sebagai Intangible Heritage Buat Malaysia, Bagaimana Pula Dengan Indonesia?

Selain itu, pada zaman dulu juga terdapat pelbagai alatan atau senjata yang digunakan termasuklah keris, kerambit, calung dan sebagainya.

Perkara ini dilihat semakin pupus ditelan zaman selepas hanya segelintir masyarakat sahaja yang mengekalkan budaya melayu ini sehingga sekarang.

Netizen perlekeh perisai rotan tradisional

Namun, terdapat juga masyarakat yang tidak mengenali alatan tradisional zaman dahulu sehingga menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama @Keris Empire yang telah memuat naik beberapa gambar memaparkan segelintir netizen yang menghina perisai rotan yang dijualnya.

Menerusi perkongsian itu, pengguna itu turut kecewa apabila perisai rotan yang dipromosikan itu mendapat ejekan daripada netizen yang menganggap ia sebagai tudung saji.

Walaubagaimanapun, dia mengakui tidak sedikitpun rasa terkilan dengan cacian itu oleh kerana ia merupakan ujian bagi seseorang yang berniaga.

Namun, dia cuma berasa sedikit terkesan melihat netizen yang kebanyakkan orang melayu yang menghina warisan bangsa sendiri.

Sejujurnya Wallahi kami tidak sedikitpun terkilan atau terkesan terhadap sindiran, cacian dan makian yang diberikan terhadap kami. Itu memang lumrah asam garam orang berniaga

Cuma kami berasa kasihan terhadap orang-orang Melayu yang bertindak memperlekeh seni warisan bangsa mereka sendiri.

Tambahnya lagi, masih jauh lagi perjalanan bagi kita untuk mempertahankan peninggalan seni warisan orang melayu yang kian lupus ditelan arus permodenan.

Masih jauh lagi perjalanan kita Sobat2 untuk memandaikan dan mempertahankan peninggalan seni warisan Orang Melayu kita

Walaubagaimanapun, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mempertahankan perisai rotannya itu dan yang menyokong penjualannya.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen turut mengecam tindakan segelintir individu yang menghina seni warisan itu.

Terdapat juga netizen yang menunjukkan sebuah gambar perisai rotan yang merupakan barangan yang dipamerkan di muzium Matang, Perak.

Setakat ini, perkongsian yang dimuat naiknya itu telah mencapai 945 tanda suka serta telah dikongsi sebanyak 152 kali.

Kredit: Facebook Keris Empire

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas