Connect with us

Oh! Media

Stadium Bukit Jalil Bertukar Menjadi PPV Mega 21 Jun Ini

COVID-19

Stadium Bukit Jalil Bertukar Menjadi PPV Mega 21 Jun Ini

Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbaru yang bakal beroperasi 21 Jun ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.

ADVERTISEMENT

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican berkata, PPV berskala besar itu membolehkan orang ramai khususnya mereka yang sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan vaksin, terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.

“Ini sebahagian usaha KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

“Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi beliau malam tadi.

Reezal Merican berkata, buat peringkat permulaan, seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah tersebut akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Pada masa yang sama, beliau juga mengajak orang ramai untuk segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Tambah beliau, Stadium Tertutup Axiata Arena sudah pun mula beroperasi sebagai PPV bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin negara sejak 7 Jun lalu.

Kredit : BeritaHarian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top