Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Negeri Kedah Cadang Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Jika Lengkap Suntikan Vaksin

Solat Jemaah

COVID-19

Kerajaan Negeri Kedah Cadang Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Jika Lengkap Suntikan Vaksin

Kerajaan Negeri Kedah bercadang memberi kelonggaran kepada individu-individu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Cadangan itu diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Pengerusi Jawatan Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk  Dr Mohd Hayati Othman bagi mengimarahkan masjid ketika pandemik Covid-19.

“Kita nak cadang, sesiapa sahaja termasuk golongan wanita yang melengkapkan suntikan dua dos vaksin, mereka boleh solat berjemaah di masjid. Kita akan cadangkan perkara ini dalam mesyuarat bersama MKN negeri yang kemudiannya akan dibawa kepada MKN pusat.

“Saya difahamkan Kelantan turut akan memberi cadangan yang sama. Kita mahu menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin. Ini kerana terdapat segelintir jemaah masjid sebelum ini yang enggan menerima suntikan vaksin.

“Apabila kita usulkan perkara ini, saya yakin lebih ramai akan bersedia untuk terima suntikan vaksin dan seterusnya dapat membentuk imuniti berkelompok,” katanya.

Menurut Dr Mohd Hayati, situasi jangkitan Covid-19 di Kedah terkawal disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Jitra serta 28 Mukim dalam daerah Kota Setar sejak Mei lalu.

IKLAN

Walaubagaimanapun, kebanyakkan kes kini tertumpu di kawasan Kuala Muda berikutan daerah itu mempunyai kepadatan penduduk selain banyak kawasan industri.

“Kadang-kadang kes jadi banyak sebab ada yang masih degil tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), janganlah kita keluar rumah jika tiada keperluan.

“Ada juga yang tiba-tiba ada simptom dan bukannya kontak rapat pesakit Covid-19 apabila ujian saringan dilakukan mendapati mereka positif, ini yang kita bimbang,” katanya.

Hasil data harian Covid-19, semalam Kedah mencatatkan 301 kes, daripada jumlah itu sebanyak 225 kes daripada daerah Kuala Muda.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas