Connect with us

Oh! Media

Safiq Rahim Jadi Target Ketiga, Kereta Pecah Diserang Dua Individu Di Pusat Latihan JDT

safiq rahim

Trending

Safiq Rahim Jadi Target Ketiga, Kereta Pecah Diserang Dua Individu Di Pusat Latihan JDT

Malam ini kita dikejutkan dengan satu lagi serangan melibatkan pemain bola sepak negara. Kali ini, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim pula jadi sasaran penyerang.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, hanya kereta milik Safiq telah dirosakkan dua lelaki dipercayai menaiki motosikal

Kejadian itu berlaku berhampiran Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru kira-kira jam 10 malam tadi.

Safiq yang menaiki Honda City kemudian dihampiri dua lelaki ini…

Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.

Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian.

Safiq yang berjaya melarikan diri terus buat laporan polis di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi. Setakat ini kita masih menantikan kenyataan rasmi dari pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas