Connect with us

Oh! Media

“Anda Pilih, Vaksin Atau Penjara”- Presiden Rodrigo Duterte Beri Dua Pilihan Kepada Rakyat Filipina

Rodrigo Duterte

COVID-19

“Anda Pilih, Vaksin Atau Penjara”- Presiden Rodrigo Duterte Beri Dua Pilihan Kepada Rakyat Filipina

Rakyat Filipina diberi dua pilihan sama ada mahu mengambil vaksin atau berdepan dengan hukuman penjara.

Kenyataan tersebut dilakukan oleh Presiden Rodrigo Duterte ketika Filipina menjadi salah satu negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik ini dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian dicatatkan.

“Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda,” katanya semasa ucapan di dalam televisyen pada Isnin susulan laporan jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila.

Walaupun ucapan Duterte itu dianggap keras, namun berlainan pula dengan pegawai kesihatannya yang mengatakan, orang ramai digalakkan mengambil vaksin Covid-19 secara sukarela.

IKLAN

“Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan.

Setakat 20 Jun, pihak berkuasa Filipina telah memvaksinasi 2.1 juta orang, angka yang dilihat agak rendah jika negara itu ingin mencapai sasaran kerajaan 70 juta orang divaksin tahun ini dalam negara berpopulasi 110 juta itu.

Pendekatan Duterte yang tegas dan keras dalam mengawal virus Covid-19 itu dikritik hebat oleh orang ramai namun, beliau tetap dengan keputusannya termasuk tidak membenarkan sekolah dibuka lagi.

Kredit : AstroAwani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas