Connect with us

Oh! Media

Sengaja Langgar SOP Sampai Wujud Kluster Covid-19 Dianggap Berdosa – Mufti Kelantan

COVID-19

Sengaja Langgar SOP Sampai Wujud Kluster Covid-19 Dianggap Berdosa – Mufti Kelantan

Kes jangkitan wabak Covid-19 kian meningkat berikutan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri. Menerusi laporan Harian Metro, mana-mana individu yang sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) hanya untuk menunaikan solat berjemaah di surau sehingga mengakibatkan kluster Covid-19 dianggap berdosa.

ADVERTISEMENT

Menurut Datuk Mohammd Shukri Mohammd selaku Mufti Kelantan, tindakan segelintir individu yang melanggar SOP dan pada masa yang sama tidak mematuhi arahan daripada kerajaan tetap berdosa meskipun solat yang dilakukan secara berjemaah itu sah.

Saya akui jemaah mahu kejar pahala yang banyak dengan solat berjemaah di masjid atau surau, namun perlu diketahui juga solat berjemaah di rumah walaupun hanya berdua pahalanya tetap sama seperti berjemaah di masjid atau surau

Gambar Hiasan

Ketika dihubungi Harian Metro, beliau juga menyatakan tidak semestinya solat di surau baru dapat pahala yang banyak. Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pendapat berkaitan tindakan penduduk di Kampung Pauh Lima dikatakan melanggar SOP ketika menunaikan solat tarawih dalam gelap walaupun kerajaan mengeluarkan arahan hanya empat jemaah sahaja dibenarkan sepanjang PKP.

Tambahnya, sebaiknya masyarakat jangan bersikap pentingkan diri sendiri sebaliknya perlu memikirkan kepentingan awam dan mengambil pelajaran apa yang berlaku di India.

Saya tidak faham kenapa orang ramai masih tidak mampu mengikut arahan kerajaan sedangkan sudah setahun negara berdepan dengan wabak Covid-19

Pihaknya berharap kejadian yang berlaku di Kampung Pauh Lima menjadi pengajaran kepada orang sekeliling. Menurutnya, kerajaan bukan menyekat untuk menunaikan solat di surau atau masjid namun ianya salah satu tindakan yang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya aktiviti berhimpun. Larangan ini hanya bersifat sementara dalam usaha menghentikan rangkaian wabak Covid-19.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas