Connect with us

Oh! Media

Pusat Kuarantin Covid-19 Maeps Ditutup Selepas 427 Hari Beroperasi

pusat kuarantin

Trending

Pusat Kuarantin Covid-19 Maeps Ditutup Selepas 427 Hari Beroperasi

Selepas setahun lebih beroperasi, akhirnya Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Maeps, Serdang telah ditutup. Jadi adakah kita sudah menghampiri endemik?

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, penutupan PKRC itu adalah bagi memberi laluan kepada strategi semula pengurusan Covid-19 di Malaysia. Ini berikutan seluruh dunia kini perlu berhadapan pula dengan kemunculan gelombang baharu akibat penularan pelbagai varian terutama Omicron.

Sebelum penutupan, masih ada kumpulan pesakit akhir yang dikuarantin, terdiri dari pesakit Kategori 2 dan Kategori 3 dan telah dibenarkan pulang pada 30 Januari lepas.

Kerja-kerja pembersihan dan penyusuan aset perubatan turut telah dijalankan. Bagaimanapun, struktur sementara yang ditambah di dalam Dewan A dan B bagi merawat 166,072 pesakit masih belum dirobohkan.

Melihat kepada rekod kenaikan kes harian Covid-19 ketika ini, kita tidak perlu berasa terlalu cemas. Ini kerana kebanyakan kes jangkitan hanya pada tahap 1 dan 2. Semoga kita berjaya melenyapkan terus Covid-19 ini dari muka bumi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas