Connect with us

Oh! Media

‘Awek’ Tak Angkat Call, Ini Tindakan ‘Pakwe’ Sampai Bomba Kena Datang

ohmedia cuba bunuh diri

Trending

‘Awek’ Tak Angkat Call, Ini Tindakan ‘Pakwe’ Sampai Bomba Kena Datang

Cinta itu buta! Tetapi kalau cinta itu buatkan kita sampai rasa nak bunuh diri, cepat-cepatlah bertaubat. Apapun, bukan mudah sebenarnya nak kawal perasaan jika sudah terlalu sakit. Mungkin itulah apa yang terjadi kepada seorang lelaki yang bertindak cuba terjun dari tingkat 18, dek kerana ‘awek’ tidak menjawab panggilan telefon.

Memetik laporan Utusan, Pengarah JBPM Selangor, Norazam mengesahkan pihaknya pada Khamis ada menerima panggilan berhubung tindakan seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 18 di sebuah apartment, Jalan Sastera U2/1.

Tujuh anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kota Anggerik terlibat dalam operasi berkenaan.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota saya mendapati seorang lelaki berumur 27 tahun sudah berada di bumbung apartment berkenaan yang terletak di tingkat 18.

Kusyen udara di tingkat bawah turut dipasang sebagai persediaan jika terjun

Dalam pada itu, adik dan bekas isteri lelakit terbabit turut ada untuk memujuknya selama empat jam. Akhirnya, lelaki itu membatalkan niatnya dan bersetuju untuk turun. Berdasarkan maklumat keluarga, lelaki terbabit turut pernah cuba bunuh diri sewaktu di Pulau Pinang tapi kerana masalah lain.

IKLAN

Kes lain, seorang wanita pula cuba bunuh diri di Ampang Jaya

Kes sama tapi kali ini melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun dan cuba terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Mewah, Ampang Jaya.

Kejadian itu turut disahkan oleh Norazam apabila mengarahkan seorang pegawai dan lima anggota BBP, Pandan ke lokasi. Wanita itu bagaimanapun berjaya dipujuk dan membatalkan niatnya. Punca dia bertindak sedemikian bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas