Connect with us

Oh! Media

Nissan Skyline R32 Disita, Pemilik ‘Gatal’ Ubah Seakan Kereta Polis

R32

Oh! Gear

Nissan Skyline R32 Disita, Pemilik ‘Gatal’ Ubah Seakan Kereta Polis

Seorang lelaki yang memiliki sebuah kereta ‘legend’ kegilaan ramai iaitu Nissan Skyline R32 telah ditaan pihak polis selepas membuat pameran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Rupanya Sebab Kenapa Nissan Skyline GT-R Diberi Gelaran ‘Godzilla

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki yang berusia 43 tahun telah mengubahsuai keretanya yang menyerupai kenderaan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Polis melakukan siasatan selepas satu video tular di media sosial dan mendapati yang R32 tersebut mempunyai lambang dan corak kenderaan polis.

Siasatan yang dijalankan berdasarkan penularan video di media sosial itu kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan pemilik sebuah kedai aksesori kereta berumur 45 tahun dan merupakan pemilik Nissan Skyline R32 terbabit.

Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 malam itu turut merampas sebuah Nissan Skyline R32, satu rangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran.

Kes ini masih lagi disiasat dibawah Seksyen 89 Akta Polis 1967. Memang nampak gempak, tapi buat macam tu dah sah-sah salah walau masuk pameran sekalipun.

Apapun, kereta dia memang padu! 

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas